Ini adalah lagi satu resepi masakan ringkas, sangat ringkas anda hanya perlu masukkan ia kedalam oven sambil membersihkan diri sepulangnya dari tempat kerja. Anda cuma perlu menyediakan bahan perapan sebelum ketempat kerja sahaja. Ayam panggang lada hitam ini amat sedap dan sihat,anda harus mencubanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- ½ ekor ayam saiz kecil
- ½ labu bawang putih – parut
- 2 inci halia – parut
- 1 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar
- 2 sudu besar kicap manis/pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar madu
- Garam
- Minyak masak
Kaedah
- Mula-mula gaul ayam dgn halia,bawang putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam.
- Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
- Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun/butter ke atas ayam dan bakar selama 1 jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20 min jiruskan jus ayam yang keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering.
Siap Dihidangkan
Ulasan
Catat Ulasan