Sedapnya ayam masak bawang ni. Bagi yang suka makan menu ni, anda wajib cuba masak sendiri di rumah. Bahan-bahannya ringkas sahaja dan cara memasaknya juga sangat mudah. Memang berbaloilah masak untuk keluarga tercinta. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 2 belah bahagian ayam
- 3 biji bawang merah besar -lagi banyak lagi sedap1 biji bawang merah besar – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2 inci halia -kisar
- Daun kari – jika ada letak
- 1 helai daun pandan
- 1 batang serai – diketuk
- Rempah tumis 4 sekawan
- 2 sudu besar Serbuk Cili
- 1 sudu besar Serbuk Kari Daging
- ½ sudu besar Serbuk Jintan Manis
- 1 sudu besar Sos Tiram
- 1 sudu besar Sos Cili
- Kicap Manis -renjiskan sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Mula-mula hiris bawang dan goreng sampai warna macam ini. Tak perlu garing sangat.
- Ayam lumur garam dan kunyit. Kemudian goreng seperti biasa.
- Tumis rempah 4 sekawan, serai dan juga daun pandan hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
- Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari daging dan serbuk jintan manis. Tumis lagi sampai pecah minyak sekali lagi.
- Bila sudah pecah minyak, masukkan sedikit air.
- Masukkan sos tiram dan sos cili.
- Renjiskan juga kicap manis. Gaul rata.
- Bila kuah sudah sedikit memekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.M
- asukkan juga bawang yang telah digoreng. Gaul rata.
- Ayam Masak Bawang siap untuk dinikmati.
Ulasan
Catat Ulasan