Ayam Masak Bawang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan By

Resepi Kari Kepala Ikan



Sibuk sangat berkerja tetapi sekali sekala tentu ingin menjamu masakan yang lazat juga untuk keluarga. Cubalah resepi kari kepala ikan ini, masakan ini amat ringkas dan bahannya pula amat mudah ditemui. Guna ikan saiz besar seperti ikan merah,jenahak atau tenggiri. Semasa beli jangan lupa pesan penjual agar membelah 2 kepala ikan agar mudah anda masak nanti. Berikut adalah bahan yang diperlukan.


Bahan utama

  • 1-2 ketul kepala ikan tenggiri

Bahan untuk dikisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 1 inci halia.
  • 1/4 biji bawang besar

Bahan untuk di tumis

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • Sedikit daun kari

Bahan-bahan lain 

  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 paket rempah gulai ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 5 batang bendi
  • garam dan gula secukup rasa

Kaedah 

  • Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan kisar,daun kari dan halba campur hingga naik bau.
  • Tumis pula pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.

  • Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.

Siap dan sedia dihidangkan

Ulasan