tradelife
TRADE LIFE
pada
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kebab daging arab punya. Bila makan terasa naik unta. Guna daging kisar Ramly sahaja. Mudah dan berbaloi untuk dicuba. Jemput resepi daripada Emee Sham di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Daging kisar Ramly,
Wrap roll Gardenia,
Bawang putih,
Bawang Holland,
(Potong dadu bahan di atas).
Cili benggala,
Timun potong dadu,
Sos cili,
Sos lada hitam,
Tomato ceri dibelah dua,
Italian herbs,
Planta.
Cara-cara :
Panaskan planta, masukkan bawang holland dan bawang putih.
Tumis sampai keperangan.
Kemudian masukkan daging kisar, cincang halus dan biar mereneh.
Jika sudah mereneh masukan sedikit air, kacau rata.
Masukkan sos cili dan sos lada hitam, gaul rata.
Taburkan Italian herbs, kacau rata. Biar basah sedikit.
Kemudian masukkan timun, tomato ceri, dan cili benggala.
Bubuh garam sedikit dan kacau rata. Tutup api. Siap.
Cara menyediakan :
Panaskan wrap di atas pan, alih ke atas pinggan.
Bubuh daging pada roti. Balut cantik-cantik dan gulung. Siap.
Ulasan
Catat Ulasan